Tuesday, February 1, 2011

MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 2011 (1/2011)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 malaysia.

Malam tadi 1 Februari 2011 jam 9.30 malam diadakan mesyuarat ajk kali pertama bagi tahun 2011 di kabin krt kg. pendamar. Mesyuarat di pengerusikan oleh Encik Mohd. Ismawi Ishak dan antara AJK yang hadir ialah Mohd Ariffin Saleh, Shahruddin Muslim, Mohd. Arman Shahrom, Saari Misran, Kamaruddin Ibrahim, Minhat Sujak, Misran Ramdzan, Mohd Adali Yahya, Abd. Malik Yunus, Rasak Hashim dan Zakaria Abd. Rahim.

Banyak perkaratelah dirancang dan dibincangkan, antaranya ialah perlantikan Timbalan Pengerusi Baru bagi menggantikan Allahyarham Hj Abdullah Mustajab dan beberapa lagi AJK tambahan akibat dari perletakan jawatan dan perpindahan kawasan. Saari Misran dilantik Timbalan Pengerusi, manakala AJK tambahan ialah Mohd. Noor dari 64 Jalan 11, Mohd. Hamidi Mokhtar dari 25 Jalan 16 dan Mohd Hamidi Mahmood dari 20 Jalan 20.

Aktiviti yang dicadangkan ialah Gotong Royong mengemaskini dan menceriakan kawasan kabin pada hari Jumaat 4 Februari jam 8.00 pagi, semua AJK dan penduduk dijemput hadir, sarapan roti canai dan teh tarik baik punya.

Pada 5 Februari pula aktiviti rondaan kawasan dan lepak berfaedah akan dimulakan dengan barbeque ikan dan udang (entah eya entah tidak - kalau ada budget ok gak).

Sukaneka akan diadakan pada 13 Mac yang meliputi berbagai kategori umur dan Ceramah agama mengenai kejiranan dicadangkan pada akhir bulan April.

Pengerusi memaklumkan berita sedih iaitu Kabin KRT ini telah dipecah masuk oleh pencuri pada 2 Oktober 2010 dan peralatan yang hilang ialah 1 set PA System, 4 set Walkie Talkie, 1 unit VCD player.

Makluman bahawa ahli pasukan kompang telah berkurangan dan sekarang tinggal 15 orang sahaja. Ada 6 permohonan baru untuk menjadi ahli pasukan kompang telah diterima oleh jawatankuasa. Sewa kompang pada hari siang sahaja untuk AJK ialah RM120.00 dan selain dari AJK ialah RM150.00 sahaja.

Pengerusi bentangkan kewangan berakhir pada 31 Disember 2010 ialah seperti berikut:-
Pendapatan : RM16,992.90, Perbelanjaan : RM14,917.10, Baki : RM2,075.80 sahaja.

Kabin tempat kawalan ini telah dimanfaatkan oleh Aktiviti KEMAS Wanita pada setiap siang Rabu dan juga Jiran Muda bagi latihan kompang setiap malam Sabtu dan malam Ahad.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment