Monday, May 23, 2011

LAWATAN PEGAWAI PERPADUAN DAERAH BARU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan, salam 1 Malaysia.

Pada 20 Mei 2011 yang lepas lebih kurang jam 11.45 malam, Pegawai Perpaduan Daerah Klang yang baru iaitu Encik Mansor bin Mohd. Hashim bersama 3 orang penolong pegawai telah hadir ke Bilik Operasi Skim Rondaan Sukarela Kawasan Rukun Tetangga kami.

Beliau hadir untuk sesi suai kenal dengan AJK dan penduduk setempat serta menyampaikan kepada Pengerusi iaitu Encik Mohd. Ismawi bin Ishak peralatan untuk skim rondaan sukarela iaitu Kun Keselamatan dan Alat Perhubungan Dua Hala.

Beliau bertukar-tukar pendapat dengan AJK dan ahli SRS selama lebih kurang 15 minit dan kemudian bergerak ke lokasi SRS yang lain .

Wasallam.

Sunday, February 6, 2011

MALAM BBQ MENJADI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Malam Ahad lepas (5/2/2011) kami AJK turun berkumpul untuk di bilik operasi KRT untuk ber BBQ dengan membakar udang, kerang dan hotdog hingga jam 1.00 pagi... meriah juga, cadangan nak buat perkara yang sama pada bulan hadapan, insyaAllah kalau ada budget.

Anak-anak pemain kompang pun turut serta berBBQ selepas tamat latihan hingga jam 11.00 malam.

Terima kasih kepada yang menyumbang makanan dan minuman.

Tuesday, February 1, 2011

MESYUARAT AJK KALI PERTAMA 2011 (1/2011)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 malaysia.

Malam tadi 1 Februari 2011 jam 9.30 malam diadakan mesyuarat ajk kali pertama bagi tahun 2011 di kabin krt kg. pendamar. Mesyuarat di pengerusikan oleh Encik Mohd. Ismawi Ishak dan antara AJK yang hadir ialah Mohd Ariffin Saleh, Shahruddin Muslim, Mohd. Arman Shahrom, Saari Misran, Kamaruddin Ibrahim, Minhat Sujak, Misran Ramdzan, Mohd Adali Yahya, Abd. Malik Yunus, Rasak Hashim dan Zakaria Abd. Rahim.

Banyak perkaratelah dirancang dan dibincangkan, antaranya ialah perlantikan Timbalan Pengerusi Baru bagi menggantikan Allahyarham Hj Abdullah Mustajab dan beberapa lagi AJK tambahan akibat dari perletakan jawatan dan perpindahan kawasan. Saari Misran dilantik Timbalan Pengerusi, manakala AJK tambahan ialah Mohd. Noor dari 64 Jalan 11, Mohd. Hamidi Mokhtar dari 25 Jalan 16 dan Mohd Hamidi Mahmood dari 20 Jalan 20.

Aktiviti yang dicadangkan ialah Gotong Royong mengemaskini dan menceriakan kawasan kabin pada hari Jumaat 4 Februari jam 8.00 pagi, semua AJK dan penduduk dijemput hadir, sarapan roti canai dan teh tarik baik punya.

Pada 5 Februari pula aktiviti rondaan kawasan dan lepak berfaedah akan dimulakan dengan barbeque ikan dan udang (entah eya entah tidak - kalau ada budget ok gak).

Sukaneka akan diadakan pada 13 Mac yang meliputi berbagai kategori umur dan Ceramah agama mengenai kejiranan dicadangkan pada akhir bulan April.

Pengerusi memaklumkan berita sedih iaitu Kabin KRT ini telah dipecah masuk oleh pencuri pada 2 Oktober 2010 dan peralatan yang hilang ialah 1 set PA System, 4 set Walkie Talkie, 1 unit VCD player.

Makluman bahawa ahli pasukan kompang telah berkurangan dan sekarang tinggal 15 orang sahaja. Ada 6 permohonan baru untuk menjadi ahli pasukan kompang telah diterima oleh jawatankuasa. Sewa kompang pada hari siang sahaja untuk AJK ialah RM120.00 dan selain dari AJK ialah RM150.00 sahaja.

Pengerusi bentangkan kewangan berakhir pada 31 Disember 2010 ialah seperti berikut:-
Pendapatan : RM16,992.90, Perbelanjaan : RM14,917.10, Baki : RM2,075.80 sahaja.

Kabin tempat kawalan ini telah dimanfaatkan oleh Aktiviti KEMAS Wanita pada setiap siang Rabu dan juga Jiran Muda bagi latihan kompang setiap malam Sabtu dan malam Ahad.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, September 23, 2010

AL FATIHAH, BUAT ALLAHYARHAM HAJI ABDULLAH MUSTAJAB

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin, Amin, Amin Ya Robbal Alamin.

Begitulah suratan yang telah tertulis dari sejak a2ali, Tuan Haji Abdullah bin Mustajab, Timbalan Pengerusi KRT Kawasan Kampung Pendamar, Klang telah meninggal dunia pada 22 September 2010 jam 7.00 pagi, aku dimaklumkan oleh sepupuku Ahmad bin Yaakob lebih kurang jam 9.15 pagi melalui telefon.

Jena2ahnya telah dimandi dan kafankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian di bawa balik kerumahnya sebentar untuk tujuan penghormatan terakhir oleh anak-anak, saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan kemudian jena2ah di bawa ke masjid untuk disolatkan. Selesai solat, jena2ah terus dibawa ke tanah perkuburan Islam Kampung Raja Uda Pelabohan Klang (Tanah kelahirannya), Imam yang memimpin bacaan Yaasin, tahlil serta talkin ialah Tuan Haji 2ulkifli bin Haji Mahfud2 (Imam 2 Kg. Pendamar) manakala Imam yang mengetuai solat ialah Tuan Haji Mohd. Shah bin Haron (Na2ir Kg. Pendamar).

Selain dari menjadi Timbalan Pengerusi Rukun Tetangga Kawasan Kg. Pendamar, Allahyarham semasa hayatnya juga sebagai Pengerusi Badan Khairat Kg. Pendamar dan Bendahari JKKK Kampung Pendamar, Klang.

Semoga rohnya dicucuri rahmat .. Al-Fatihah ................. Amin.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, June 30, 2010

PERGINYA SEORANG LAGI AHLI KRT

ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Pagi tadi jam 5.00 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari hand phone isteriku memaklumkan Abang Mat Yassin suami Kak Wok meninggal dunia, Innalillahi wainnailaihi rajiun. Beliau pergi dalam usia 64 tahun. Allahyarham sudah 2 hari mengadu sakit perut dan telah pergi mendapatkan rawatan di Klinik swasta, tapi doktor kata tak sakit apa-apa, angin aje.

Oleh kerana tak tahan sakit lagi, dalam waktu dinihari menantunya telah membawa Allahyarham ke HTAR Klang, belum sempat doktor membuat pemeriksaan, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ada angin mengkhabarkan beliau mungkin sakit apendix, wallahuahlam.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 11.45 pagi.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sunday, May 30, 2010

LATIHAN INTENSIF PASUKAN KOMPANG KRT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perpaduan dan salam 1 malaysia.

Malam tadi 29 Mei 2010 diadakan latihan kompang secara intensif di pusat operasi krt. Tenaga pengajar pasukan kompang ini ialah dari Kg. Nelayan Telok Gong.

Pasukan ini dianggotai oleh seramai 20 orang terdiri dari anak-anak kawasan KRT ini. Pasukan Kompang KRT ini akan mengadakan persembahan ulung pada 30 Mei 2010 di rumah Encik Ramly bin Dawood di Jalan Damar 11, Fasa 2 sempena majlis perkahwinan anak beliau. Persembahan ini adalah di atas permintaan Ketua Kampung iaitu Encik Mohamad Zin bin Dawood (Ketua Kampung)

Kumpulan ini mula membuat latihan jam 9.30 malam hingga 11.00 malam setiap malam Sabtu dan malam Ahad. Semoga pasukan kompang KRT bertambah cemerlang dan terbilang serta dikenalai 1 malaysia.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, May 26, 2010

PENYEMPURNAAN JENAZAH SIRUS MD TUHA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perpaduan dan salam 1 malaysia.

Pagi ni Bilal 2, En. Mohd. jani Kamis telah membuat pengumuman di masjid selepas solat subuh bahawa jenazah akan disempurnakan pagi ini sebelum solat zohor.

Permit pengkebumian yang dikeluarkan oleh Balai Polis Pandamaran dan laporan telah dibuat oleh menantunya En. Azman Omar.

Siapa yang tak sedih kalau masa bercinta diluahkan perkataan sehidup semati, tapi Allah maha berkuasa menentukan segalanya, Manusia mampu merancang tapi Allah yang menentukan.
En. Superman baharum (misai tebal) suami allahyarhamah.

Susah senang jiran dulu yang tolong, jiran dulu yang tahu, bukan saudara mara atau adik beradik (kalau tinggal jauh).
Sebahagian penduduk kampung yang hadir menziarahi jenazah, ini orang lelaki aje, orang perempuan ada dalam rumah.

Dalam keadaan beginilah baru kita teringat nak masuk badan-badan kebajikan untuk nak ringankan beban sikit, sebab perkara sebegini, kita jarang bersedia dengan keperluan yang mesti ada bila berlaku kematian.
Tuan Hj. Abdullah Mustajab (Pengerusi Badan Khairat Kematian Kg. Pendamar) turut hadir, turut bersama ialah SB pencen Tuan Syed Hussain

En. Superman Baharum adalah salah seorang yang rajin keluar bertugas untuk rondaan malam atau SRS rukun tetangga. Beliaulah yang tukang menceriakan suasana malam yang mengantuk di pusat operasi Rukun Tetangga walaupun beliau juga kurang sehat.
Kelihatan En. Mohd. Ismawi Ishak (Pengerusi KRT) dan En. Shahruddin Muslim (Bendahari KRT) yang hadir di rumah allahyarham.

Selepas dikafankan jenazah di bawa ke Masjid Kg. Pendamar untuk di sembahyangkan, saya sebagai wakil tuan rumah telah bercakap dan aku tertinggal nak mintak halalkan makan minum allahyarhamah kepada semua hadirin, yang aku sebut pasal hutang piutang dan kenduri tahlil 3 malam berturut-turut dirumah En Superman selepas solat Isyak, maklumlah jarang bercakap mengenai kematian.

Solat jenazah di Imamkan oleh En Rosli Kasah (Imam 1)

Selesai di sembahyangkan jenazah terus di bawa ke tanah perkuburan Kampung Pendamar yang terletak dihujung kampung bersebelahan perumahan Pendamar Indah 2.

Proses menurunkan jenazah ke liang kubur.
Kerja-kerja menimbus lubang kubur oleh petugas tanah wakaf (Halim berdiri tak pakai baju, Azmi (Komeng) dalam kubur membelakangkan jurugambar, Hassan dalam kubur menghadap jurugambar dan Johari (Wak Joe) bertopi putih sedang tunduk)

Selesai semua lebih kurang jam 11.45 tengahari.

Wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.