Wednesday, May 26, 2010

PENYEMPURNAAN JENAZAH SIRUS MD TUHA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perpaduan dan salam 1 malaysia.

Pagi ni Bilal 2, En. Mohd. jani Kamis telah membuat pengumuman di masjid selepas solat subuh bahawa jenazah akan disempurnakan pagi ini sebelum solat zohor.

Permit pengkebumian yang dikeluarkan oleh Balai Polis Pandamaran dan laporan telah dibuat oleh menantunya En. Azman Omar.

Siapa yang tak sedih kalau masa bercinta diluahkan perkataan sehidup semati, tapi Allah maha berkuasa menentukan segalanya, Manusia mampu merancang tapi Allah yang menentukan.
En. Superman baharum (misai tebal) suami allahyarhamah.

Susah senang jiran dulu yang tolong, jiran dulu yang tahu, bukan saudara mara atau adik beradik (kalau tinggal jauh).
Sebahagian penduduk kampung yang hadir menziarahi jenazah, ini orang lelaki aje, orang perempuan ada dalam rumah.

Dalam keadaan beginilah baru kita teringat nak masuk badan-badan kebajikan untuk nak ringankan beban sikit, sebab perkara sebegini, kita jarang bersedia dengan keperluan yang mesti ada bila berlaku kematian.
Tuan Hj. Abdullah Mustajab (Pengerusi Badan Khairat Kematian Kg. Pendamar) turut hadir, turut bersama ialah SB pencen Tuan Syed Hussain

En. Superman Baharum adalah salah seorang yang rajin keluar bertugas untuk rondaan malam atau SRS rukun tetangga. Beliaulah yang tukang menceriakan suasana malam yang mengantuk di pusat operasi Rukun Tetangga walaupun beliau juga kurang sehat.
Kelihatan En. Mohd. Ismawi Ishak (Pengerusi KRT) dan En. Shahruddin Muslim (Bendahari KRT) yang hadir di rumah allahyarham.

Selepas dikafankan jenazah di bawa ke Masjid Kg. Pendamar untuk di sembahyangkan, saya sebagai wakil tuan rumah telah bercakap dan aku tertinggal nak mintak halalkan makan minum allahyarhamah kepada semua hadirin, yang aku sebut pasal hutang piutang dan kenduri tahlil 3 malam berturut-turut dirumah En Superman selepas solat Isyak, maklumlah jarang bercakap mengenai kematian.

Solat jenazah di Imamkan oleh En Rosli Kasah (Imam 1)

Selesai di sembahyangkan jenazah terus di bawa ke tanah perkuburan Kampung Pendamar yang terletak dihujung kampung bersebelahan perumahan Pendamar Indah 2.

Proses menurunkan jenazah ke liang kubur.
Kerja-kerja menimbus lubang kubur oleh petugas tanah wakaf (Halim berdiri tak pakai baju, Azmi (Komeng) dalam kubur membelakangkan jurugambar, Hassan dalam kubur menghadap jurugambar dan Johari (Wak Joe) bertopi putih sedang tunduk)

Selesai semua lebih kurang jam 11.45 tengahari.

Wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment