SEJARAH PENUBUHAN KRT KG. PENDAMAR.
Penubuhan KRT Kg. Pendamar, Klang ini adalah atas inisiatif mantan Ketua Kampung/Pengerusi JKKK tahun 2006 iaitu Tuan Haji Mohamed Sood bin Haji Ngarip dimana beliau telah mengesyorkan agar ditubuhkan Rukun Tetangga di kawasan taman perumahan kampung ini dengan terus mencadangkan pengerusi penajanya Encik Mohd Ismawi bin Ishak dan Setiausahanya Encik Mohd Ariffin bin Saleh dalam satu perjumpaan gotong royong bersama penduduk kampung di Dewan MPK.
Maka berusahalah dua orang hamba Allah ini untuk mengujudkan KRT yang telah dipertanggungjawabkan dibahu mereka oleh Ketua Kampung semasa itu. Satu perjumpaan telah diadakan dirumah Pengerusi Penaja untuk melantik Jawatankuasa Penaja. Penubuhan ini dibuat kerana masa itu banyak kecurian dan pecah masuk rumah penduduk di taman perumahan ini.
Pada 22 April 2007 diadakan mesyuarat penubuhan jawatankuasa KRT Kg. Pendamar di Dewan MPK, Kg. Pendamar, Klang dengan dihadiri oleh Encik Ahmad Noruddin bin Hj. Abd. Rahman (Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Klang) .
Senarai Jawatankuasa 2007-2009
Pengerusi
Encik Mohd Ismawi bin Ishak
Timbalan Pengerusi
Tuan Haji Abdullah bin Mustajab
Setiausaha
Encik Mohd Ariffin bin Saleh
Penolong Setiausaha
Encik Mohd Arman bin Saharom
Bendahari
Encik Shahrudin bin Muslim
Ahli Jawatankuasa
Encik Salim bin Sirat
Encik Balachandran a/l Kannan
Encik Mohd Zin bin Dawod
Encik Kamaruddin bin Ibrahim
Encik Mohd. Nazid bin Haji Zainal Abidin
Encik Mihat@Minhat bin Sujak
Encik Safian bin Puteh
Encik Mohd. Zin bin Rashid
Encik Mohammad Zaidi bin Jantan
Encik Tan Yok Tin
Encik Abdul Wahab bin Mohd Yusof
Encik Shamsul Anuar bin Khairani
Encik Anuar bin Haji Saidi
Encik Misran bin Ramdzan
Encik Arasu a/l Muthu
Encik Abdul Malik bin Yunus
Pemeriksa Kira-Kira
Encik Abdul Wahab bin Mohd. Yusof
Encik Safian bin Puteh
Pada mulanya dengan sebuah khemah didirikan di Lorong 19A tugasan meronda pun dilaksanakan secara sukarela dengan kerjasama penduduk kampung.
Jadual Rondaan SRS bila mula diujudkan penubuhannya pada tahun 2007 yang diletakkan di bawah khemah.
Pada 19 Jun 2007 KRT telah memohon kepada Majlis Perbandaran Klang untuk meletakkan kabin kontena di Lorong 19A sebagai pusat operasi KKRT.
Pihak Majlis Perbandaran Klang telah bersetuju dan meluluskan permohonan tersebut pada bulan Ogos 2007.
Pada 14 Ogos 2007 Jabatan Perpaduan negara dan Integrasi Nasional Putra Jaya telah meluluskan pendaftaran KRT Kampung Pendamar, Klang.
Mulai 1 Disember 2007 pengurusan Pasar Malam diambil alih oleh KRT.
Sekian untuk tahun 2007, wasalam, kalu dapat maklumat terbaru akan diupdatekan kemudian.
No comments:
Post a Comment